Ahad, 24 Mei 2015

Persiapan masuk asasi/matrikulasi, etc (more to uia students hehe)

Eh eh dah masuk bulan 5 dah huhi. ok qila dapat whasap dari adiks yg lepas spm hehe.
Yay dah habis finals! Alhamdulillah seminggu dah cuti sem ehehe.
2  weeks left :( Next sem inshaallah jumpa junior uw uwww
Ok sesiapa yang nak masuk uia tu boleh tengok list ni eh.
Untuk uitm,matriks, u u uni lain pun boleh je refer sini cuma yelah. 
Ni special untuk dak dak uia hahahahaaa. *wink wink*

& yes. Especially untuk yg takpernah masuk asrama (mcm qila kihkih)

welcome to uia awak! Dont worry in CFS (Centre for Foundation Studies) IIUM 
u will be happy and excellence inshaallah! 
So assalamualaikum to brothers and sisters cewah ok dah jom buat check list hehe. 
Buat check list dlm phone pun ok je huhu. 
Download je app Notes mana mana pastu start lah buat check list ok! Jom!

Ok ni attire during the registration, ta'aruf week and classes muehehe.

REGISTRATION: 
  • Female - black/dark coloured shoes, baju kurung /jubah jgn ketat ketat pls tq and white tudung. Tudung means u can wear any kind of tudung lah (shawls,bawals,etc). // Qila haritu pakai baju kurung dan bawal 60 je huhu huduh gila aku. Pakai cantik cantik tau tudung be happy senyum ciked jgn lupa lipstick sbb nak tangkap gmbr matric card! Kalau tak tangkap hari tu. Tangkap hari lain tapi nanti susah je nak gi kang lupa hehe. So better gi terus on the first day ok? (lepas settle register)
  • Male - aku tak tahu hahah. Ok white coloured long sleeved shirt, black/dark coloured trousers and shoes. Ok?

TAARUF WEEK/ minggu orientasi - nanti sisters senior akan bagi tahu ok! Dont worry hehe.

CLASSES/ LECTURES - for me, pakai lah yg tutup aurat. Uia kan. Jgn lah tak respect IIUM (international islamic university malaysia ok) please lah lagi lagi sisters. Sedih tengok brothers iman berterabur sbb sisters seksi sangat hahahaahaah! But yes. Kalau CFS PJ ; Pakai je baju kurung, plain tudungs n flats. Kalau CFS GOMBAK ; boleh je pakai tudung corak sebab campur dgn degree students hikhik.

**********************************
Ok ni mahallah and other requirements. 
Well actually inshaallah dah ada dah lah terselit in your admission form. But ni qila tambah basic jelah eh. Yg lain tu optional. Sukahati awak lah nak bawak ke tidak ok?

IMPORTANT ITEMS: 
  • Bantal (nnt nk tidor acane)
  • Bantal peluk (nnt boleh peluk bayangkan umi abah hehe jgn gatal bayang org lain eh dush!)
  • Cadar (bawak 2 set lah utk selamat. Nanti kebocoran ke ha aiyok tatayok haha) 
  • Selimut (qila panas. So takpernah guna har har har. Bwk yg biasa je pun ok dah. Selimut yg nipis tu ke, nice warm blanket)
  • Sport shoes (qila takpernah pakai lol sem 3 baru pakai sbb baru ada kesedaran nak workout ekeke.)
  • Leather shoes? (ada satu je tapi menyesal beli mahal mahal hahaahahah qila pakai flats je. Asalkan warna gelap such as black, brown, grey, dark blue black, dark dark dark!
  • Slipper (flipper flipflop tu ha lah huhu untuk letak luar bilik nak gi mandi takkan nak pakai kasut pulak kan ehe)
  • Small padlock (hehe ni beli jelah sekadar syarat. Kunci loker tau awak. Nanti kang ada roommate curi ha. Kita husnuzon tapi berwaspada ok!!!!! Haiyak! Baca doa byk byk barang semua tidak dicuri.
  • Quran jangan lupa jugak :) Telekung sejadah tu ok!!

OTHER ITEMS (females only):
  • Baju kurung(s) - heehe. Qila bawak sebanyak yang mungkin muahahha! Dalam 8pasang so cukup utk 2 minggu hehe. Qila suka gosok terus dari rumah mentang mentang rumah dkt astaghfirullah. Kalau awk jauh awk lipat elok elok ye. Sangkut elokelok.
  • Plain colored tudungs - haaa ni bermasalah ni. Masa ni lah kena gi shopping tudung cecepat dkt ig jalan Tar sbb wideshawls situ murah ekeke. Takde lah heipp! Jgn bazir. Membazir itu perangai syaiton! Hehe. Boleh je pakai tudung pape asalkan plain and tutup aurat ye sisters.
  • Seluar track-botttom & baju muslimah untuk sports attire. 
  • White tudung for every Wednesday.
  • White kain (omg ni sakit hati je haahaha pakai sekali je seumur hidup dkt cfs haih sabor jelah)

ADDITIONAL ITEMS:
  1. Baju kecil (Bra, spenders,) sebanyak yg mungkin ekeke.
  2. Seluar dan baju tidor secomel yg boleh
  3. Maggi mamee kari tomyam laksa ayam muehehehe. Tapi better first week gi lah enjoy semua makanan dkt cafe mahallah hehe.
  4. Milo 3-in-1, oligo coco, ovaltine // Biscuits,junk foods yg akan teman di kala kesepian
  5. Pinggan,mangkuk,cawan kaca,gelas or bekas nak buat air tu ha. Yg boleh air panas hihi.
  6. Sabun pencuci & softlan tu ha - tak kisah lah liquid or serbuk sbb basuh baju sendiri kan hehe. Jgn risau mesin basuh pun ada. So bwk duit syilig byk ok sekali basuh rm2.50. But not highly recommended ya sisters. Basuh baju sendiri lah buat preparation nak kahwin ok.
  7. Pencil box yg mengandungi (pen hitam pen biru u marah pen merah loves u,pemadam,pensel,pembaris,highlightet, marker, etc)
  8. Files, notebookes, ((jgn risau sgt sebenarnya sbb ada je kedai kiosk and stationary hehehu))
  9. Heater & Iron - bayangkan 4 org tu bawak heater dan iron. Tak ke membazir? Hehe. So tengok siapa yg bawak dulu. Cutting ah. Sorang bwk penyapu, jam, tikar, heater, iron, hehe. Qila bawak heater! Iron memang alhamdulillah roommate mmg sentiasa bwk hihihiks. Tapi jgn risau. Doa dpt roommate kaya ok? Lulz.

  10. Bucket mandi - ok ni qila punya alahai omey je kan! Haha. Kena ada sabun mandi. Better pakai yg picit tu ha shokubutsu ke, shampoo ofcs (berhati ok nanti dpt roommate ada kutu ke omg!) Hahah ok ubat gigi, berus gigi, pencuci muka etc.
  11. TOWEL! omg nanti jangan bugil (bogel) pulak haha. Bawak lah 2 ke Kain Tuala hehe. 
  12. Laptops? Hm tak disarankan sebenarnya untuk first week. Tapi kalau awak dari jauh boleh je. Mcm kawan qila dari Sabah mmg dia bawa terus alhamdulillah takde pape :D
  13. CHARGER PHONE TOLONG LAH JGN TINGGAL OI.
  14. Pads. Tissue, Panadols, Plasters, etc. Ala anggap nak balik kampung tapi kampung tu got nothing so kita lah kena berkampung sendiri ok? :D

Last but not least! Segala detail personal files mcm ; Salinan IC, surat beranak, result SPM, mana mana sijil yang rasa mcm bangga nak tunjuk dkt roommate ke hihi.

Dah print dah surat registration bagai tu? Aha tu jgn lupa settle tau!!!!!!
Btw kita semua dapat bantuan asasi (elaun) kan? Jgn risau kalau tak settle lagi hal pegawai lah, hal hal sebagainya sebab nanti diorang akan panggil dan double check all your personal files to make it perfect &complete ok? Haritu sia sia je qila penat penat gi clinic ha ambik cop pegawai tengok tengok salah hahahahah! So tiru je tandatangan penjamin ekeeke (psst. Ni secret tau hehe) and akan ada satu pacek pegawai lebih dari pangkat41 akan sign untuk kita huhu. So kena settle kan penjamin lah ye. Jgn risau penjamin parents boleh, mak saudara boleh, pok saudara boleh. Buleh blako! Ha ok harap dah jelas ye. Papehal tanya lah qila dkt comment bawah ok adik zzzz hahahaahaha ni pun penat qila perah otak duk ingat balik ekeke 

dont worry ill try my best to help u ok adik! sbb tahun lepas pun qila stress hampir nangis pasal elaun ni saja hikhik. 

Ok dah lah banyak type penat ni haha. Assalamualaikum. Pape pasal uia boleh roger qila ok!!!!!!!!!! Moga allah redha :)

And please,belajar dekat mana mana pun sama je. Susah senang tu inevitable ok.
You cant avoid kesusahan right? I mean susah dahulu inshaallah senang kemudian!
 So yeah. Chaiyuk!


7 ulasan:

  1. Wah terbaik... teringat zaman2 awl2 jahiliah dlu mase 1st time duk asrama... kih3!! this list will help alot...

    BalasPadam
  2. kawan kite ada yg dpt UIA. bolehla suruh dia tanya2 kat qila hiewhiew. thanks utk list2 barang semua tu. nasib baik qila ingatkan pasal padlock tu saya terlupa nak beli kot haritu duhh.

    BalasPadam
  3. waaah sis. senior saya rupanya. saya new student cfs iium, baru sbulan lebih kat sini. sis ada fb x? senng nk contact sis. hehe

    BalasPadam
  4. akak saya soon to be cfs students and kat situ dia mintak declaration acceptance form saya tak tahu nak cari kat mana?

    BalasPadam
    Balasan
    1. alamak, mesti ada la adik :)

      Padam
    2. Assalamualikum kak takde iron ke kat sane??

      Padam
    3. Waalaikumussalam dik, takde :(
      Tak disediakan. So kena bwk lah. Takpun harap salah sorang dari roommate kita tu bawak lah hehe. Share share gitu.

      Padam

Hi. Do leave me a comment.
Your comment is highly appreciated. Seriously☺!!